--------------- || ---------------


12 October 2007

Syawal Eve

Yea yea esok hari raya...

Tak menyempat aku nak online... heh :) Tak sangka plak dalam ramai-ramai listing kengkawan kat YM! ada plak sorang dok online - Kak Red lah sapa lagik. Almaklumlah dia kan raya kat Kolumpo.... Selamat Hari Raya to Kak Red & family!!!

Pagi tadik aku ngan hubby bertolak dari Puchong kul 10.30 pagi. Nak kata jalan jem sangat tak jugak kot... Clear ajer cuma adalah kat beberapa tempat yang macam banyak keta. So ala-ala slow moving jer... Hmmm tapi aku pun macam tak sure sangat sebab sepanjang perjalanan dari Puchong sampai lah ke Gopeng aku dok lena. Sedar-sedar dah tiba kat area Gopeng. Huih lama tuh aku lena... macam penat bebenolah pulak kan?!


Nih keadaan kat plaza tol Jelapang ke arah utara. Pergh banyak keta jugak tuh tapi memandangkan kitorang pakai TnG makanya dapatlah potong Q yang agak panjang berjela ituh... Kalau idok mahu berjanggut nak menunggu bayar tol nih.


Tadaaa gambo terowong pun aku ambik... Nih sebelum masuk kat Terowong Menora (betui ka???) hehehehe hiper sket maklumlah kan baru bangun tido. So mata macam dah segar-bugar... kalau boleh semua apa yang ada kat tepi-tepi jalan pun aku nak snap-snap gambonya. Kat area sinih macam dah tak berapa banyak keta pun...

Aku ngan hubby sampai Kuale around 1.30 tengahari dalam hujan yang renyai-renyai...


Lepas dok rehat-rehat kejap maka bermulalah tugas sebagai menantu. Kebetulan plak menantu-menantu yang lain tak ada so menantu yang inih sajalah dok menolong kat dapur. Alah bukan tolong buat kerja berat pun... takat kupas bawang sebesen kecik! Kacang maa... totop mata pun aku bley buat tuh!

Balik Kuale nih memang tak berapa sibuk sangat ngan persiapan raya. Very the simple one - ibu mertua masak rendang daging dan ayah mertua masak tijori. Hah amenda tuh??? Ohhh tuh masakan orang Arab... Aku pun dah terer masak tijori tuh. Belajar dari ayah mertua lah kan... Resepinya mintak maaplah ek... RAHSIA!!! Kuikuikui :) Lelain makanan hmmm diaorang tak masak pun - rasanya order ajer macam kot nak makan laksa Kuale so order ajerlah laksa Kuale tuh. Lemang pun order gak...

Kalau balik raya kat kampung aku plak huh harus petang-petang nak raya nih mak memang tak keluar dapur. Buat ituh buat inih... anyam ketupatlah, masak rendanglah, belum masuk lagi ngan kuah kacang, masak lodeh dan memacam lagik. Memang very the sibuks one plak.

Alah memalam raya nih huh rindu plak kat mak...

No comments: