--------------- || ---------------


29 July 2008

Chelsea punya pasal!!!

Kan main jem balik keja tadik. Selalu tuh jem jugak tapi idok ler teruk bebeno macam petang tadik. Macam sabar ajer lah... semua nih gara-gara orang nak gi tengok bola kat Stadium Shah Alam lah nih. Ditambah plak dengan lori rosak tetengah jalan... adoiii masa nih lah pulak ko nak rosak lori oit!!!

Abang polis tengah tegur drebar lori tuh. Dah tau jalan jem kan... agak-agak lah kot yea nak rosak pun. Tengok muka abang polis tuh macam hangin jer! Bayangkan dah berapa lama rosak baru nak kol mekanik mintak tolong tuh pun selepas abang polis gi kat lori tuh (aku agak ajer lah sebab masa abang polis tuh tiba kat lori baru lah drebar tuh macam kalut nak menalipon).

Huhuhu jalan yang agak jem kat belakang aku... hahaha masa nih aku dah melepasi area Glenmarie (ke arah Batu Tiga). Berderet kan main keta lori motor kat belakang tuh... termasuk lah orang dok menolak lori yang rosak tuh!

Hmmm apa-apa pun tahniah lah kat pasukan Chelsea The Blues yang berjaya ngalahkan pasukan Malaysia 2 - 0. Walaupun aku suka kaler biru tapi tak semestinya aku suka The Blues. Aku ikut hubby... kami The Reds - you'll never walk alone :)

cHiQuE:
Sila abaikan gambo yang agak kelabu asap... aku tak bukak tingkap "bluberiti" pun masa ngambik gambo nih. Ekceli memang dah agak lama aku tak antor "bluberiti" gi mandi manda. Hiks :)

No comments: