--------------- || ---------------


26 August 2008

Aku yang ke'busy'an

Sibuk sesangat rasanya sekarang nih. Maklumlah sedang dalam proses peralihan kuasa gituh kan. Hahaha apa ingat kat 5 negeri BN yang jatuh ke tangan PR ajer ker yang ada peralihan kuasa???

Memandangkan berhadapan dengan rutin hidup yang agak sibuk tak hengat nih maka aku akan mengupdet blog sayup-sayup sahaja (betul ker ayat nih???). Kalau rasa ada sesuatu yang menarik makanya akan aku updet tapi kalu takde mintak mahap bebanyak lah yer mungkin harus berjanggut korang tunggu entry baru aku! Yupe i do own E71 yang bley internet memana tuh tapi hehehe tak pandai guna lah pulak! Ala-ala nak menuntut ilmu ngan Dr Hannan pun macam tak menjadi kenyataan ajer. Chehhh beli kan main bagai nak rak gunanya tak reti :D

Esok aku ada factory visit (supplier kuih raya lagik) kat Batu Pahat, Johor... hahaha harus aku kawtim ngan driver suruh singgah Kluang. Alah takat banjer lunch kat driver tuh seploh hengget apa sangatlah kan (ops ini bukan rasuah!) tapi feel nak balik kampung jumpa emak ayah tuh yang lebih penting :D

Wokeylah nanti baru updet lagik... chaloh!

cHiQuE:
Iyer... saya memang anak manja ayah ngan emak... so what???

No comments: