--------------- || ---------------


01 August 2008

Entry sengal sungguh!

Dah lebih pukul 1 pagi aku tak tido lagik. Hmmm mata blom mengantuk (huh padahal dah menguap berapa kali nih!!!). Ingat tadik nak layan Winter Sonata. Aku tak menyempat nak tengok episod 14 tapi episod 15 ngan 16 dah tengok habih dah. Hahaha mereng!

Malam tadik keluar ke JJ IOI Mall. Saja ajak hubby jenjalan sementelah aku nak beli stationaries sket. Selama nih aku pakai satu jer pencil case ituh lah yang dibawak balik umah untuk kegunaan study then dibawak kerja pulak. Leceh lah kan... buat semak beg aku nak letak pencil case bagai. So aku dengan bijaksana telah terpikir untuk pakai dua pencil case sekaligus. Satu letak ajer kat ofis then satu lagik letak kat umah. Cuma yang menjadik masalah aku nih adalah (hah nak bocor rahsia sendirik nih!) kalau satu pencil case tuh ada tiga batang pen (kaler biru, merah dan hitam), sebatang pencil tekan-tekan (mechanical ler tuh!), sebijik pemadam, sebatang pembaris, sebatang marker pen, satu highlighter dan satu cutter maka pencil case yang satu lagik tuh pun mesti ada benda yang sama!!! Tak boleh tidak... Memang ginih lah peel aku yang entah hapa-hapa sebenonya... mungkin sebab mind setting aku nih dah lagu tuh - kengkunon ala-ala harus adil dan saksama lah. Hah tuh yang kan main ajak hubby gi carik stationaries malam nih jugak... huh macamlah esok-esok tak menyempat (tak boleh... nanti tak dapat sure malam nih aku tak bley tido!).

Sebenonya esok aku ngan hubby CUTI kerja!!! Sengaja ambik cuti sebab macam banyak plak urusan nak diselesaikan. Pagi aku nak kena gi MPSJ bayar cukai pintu (eh bukan kata rakyat Selangor tak yah bayar cukai ker kan???), then gerak ke UPM nak hantar assignments Dr Hamisah ngan Dr Narimah, lepas tuh ke Celcom plak nak upgrade simcard cokia aku ke 3G (apa kes pakai enpon mahal takde 3G kan kan kan). Settle semua tuh mungkin nak kena singgah kedai buku sebab ada stationaries yang aku nak takde plak tadik - harus kena beli tuh! Petang lepas hubby semayang Jumaat nak gerak ke Ikea plak sebab aku ada appointment (???) ngan seseorang kat sana. Habih urusan kat Ikea rasa macam nak kena singgah kat Proton Mutiara Damansara tuh kejap (alah sebelah Tesco depan Ikea tuh jer!) sebab hubby nak menyetelkan urusannya pulak. Hmmm rasanya ituh ajer kot... yang pasti sebelum pukul 7.30 petang aku kena ada kat umah. Layan Wulan lah plak kan :)

Waduh aku bercuti macam tak cuti pun kan... memacam hal lah plak nak kena kasik setel! Bilalah agaknya aku dapat cuti panjang... lama... huh entahlah! Makcik dah letih sebenonya nih :(

No comments: