28 April 2018 (D1) Puchong - Hat Yai
Hai awak! Berikut merupakan butiran & gambar² sepanjang perjalanan saya ke Hat Yai & Songkhla. Semoga bermanfaat.
Puchong Prima ke KL Sentral naik Grab (RM50.00)
KL Sentral ke Padang Besar naik ETS9202 0645hrs/1208hrs (RM102/seorang)
Setibanya di Stesen KTM Padang Besar, tak perlu keluar dari stesen. Beli tiket keretapi ke Hat Yai di bahagian bawah; di Pejabat Ketua Stesen (Thai). Masa perjalanan keretapi ke Hat Yai ada 2 sahaja; jam 9.55am & 3.40pm. Tempoh perjalanan lebih kurang 50 minit.
Selepas beli tiket, bolehlah tunggu kaunter imigresen (Malaysia & Thailand) dibuka. Kedua²nya di aras yang sama dengan Pejabat Ketua Stesen (Thai) tadi. Siap cop pasport, terus naik keretapi ke Hat Yai yang telah sedia menunggu.
Padang Besar ke Hat Yai naik keretapi (open-air) 1540hrs/1535hrs (RM7.50/seorang)
Keretapi ke Hat Yai ini tak tentu. Ada kala dapat yang open-air & ada kala dapat yang aircond. Ikutlah mana yang datang dari Hat Yai. Rezeki saya dapat naik keretapi open-air. Memang itu impian saya.
Muka teruja. Keretapi Hat Yai checked!
Tercapai impian nak ke Hat Yai naik keretapi open-air macam ini. Terkenang dulu² balik kampung naik keretapi dari Kluang ke Batu Anam.
Selamat tiba Hat Yai yayyy!!!
Hat Yai Railway Station ke Red Planet Hat Yai naik Tuktuk *merah* (THB100)
Sebenarnya kalau diikutkan jarak dari Hat Yai Railway Station ke hotel lebih kurang 500 meter (berjalan kaki) sahaja tapi memandangkan tak gigih nak seret beg pakaian, kami ambil tuktuk.
Bilik luas sangat. Kalau yang datang bawa keluarga, boleh bentang Toto di lantai. Itu pun masih ada ruang untuk letak beg bagai.
Jamban ada paip wohooo. Ini penting!
Tempat mandi.
Tiada almari pakaian disediakan tapi ada tempat nak sangkut seluar baju bagai. Siap ada wall-mounted hair dryer.
Makan malam di Kai Tod Decha (THB350 untuk 2 orang)
Dari hotel kami berjalan kaki ke Kai Tod Decha. Jarak lebih kurang 750 meter. Berpeluh jugalah ketiak kahkah. Oh harga makanan di sini a bit pricey.
Teh Buih. Sedap!
Nasi Kuning Ayam Goreng (2 ketul) & Sup Ayam
Pilihan perjalanan:
->Ban Pru Floating Market (buka hujung minggu sahaja)
->Greenway Night Market / Greenway Food Junction (tutup hari Isnin)
Jumlah perbelanjaan:
Jumlah perbelanjaan:
KL Sentral ke Padang Besar via ETS9202 0645hrs/1208hrs RM102/seorang
Padang Besar ke Hat Yai via Keretapi 1540hrs/1535hrs RM7.50/seorang
Makan malam @ Kai Tod Decha THB350 untuk 2 orang
Tuktuk *merah* THB100 dari Hatyai Railway Station ke Red Planet Hat Yai


No comments:
Post a Comment