--------------- || ---------------


29 April 2020

#MovementControlOrder (D43)

#COVID19 #Malaysia #stayathome


6 Ramadhan 1441H. Kemain #chikatwork from home. Jam 9.30 malam masih online ber'email' & ber'whatsapp' dengan boss & colleague. Phew! Padahal harini & esok saya cuti ohoiii! 😂

Entahlah tak mahu nak berkira sangat. Kalau hari tak cuti sepanjang MCO pun, ada ketika saya ambil masa lebih untuk diri sendiri. Kadang waktu solat zuhur & asar, saya ambil masa lebih siap mengaji al-quran. Belum lagi ambil masa lebih untuk solat dhuha, mandi, masak, nap 🤭 & lain² lagi. -
Lagipun cuti di musim MCO bukan saya dapat keluar berjalan pun kan. Might as well saya online & buat kerja² ofis mana yang patut. Saya nakkan keberkatan bekerja. Saya ambil lebih, saya bagi lebih. As simple as that. 

Saya tak minta awak ikut macam saya. Ikutlah mana yang mudah bagi hidup awak. Jalan hidup kita tak sama...

No comments: