--------------- || ---------------


03 May 2020

#MovementControlOrder (D47)


10 Ramadhan 1441H. Tafsir QS. Yaasiin (36:76)

Akhirnya, Allah menghibur Nabi Muhammad ﷺ dari tingkah laku & perbuatan kaum kafir & musyrik itu, iaitu Nabi tidak perlu merasa sedih mendengarkan ucapan & tuduhan mereka yang bukan-bukan, yang ditujukan kepadanya & kepada Al-Quran. Allah Maha Mengetahui semua perbuatan mereka, baik yang dilakukan dengan terang-terangan mahupun yang mereka rahsiakan.

Semua itu akan dipertanggungjawabkan kepada mereka kelak di hari Kiamat & mereka pasti akan menerima balasannya berupa azab yang pedih.

No comments: