--------------- || ---------------


11 May 2020

#MovementControlOrder (D55)


18 Ramadhan 1441H. Semalam TSMY @muhyiddinyassin_official dah umumkan yang CMCO/PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 (sebulan lagi hoi!). Sehubungan itu, rentas negeri masih tidak dibenarkan. Makanya tiadalah berhari raya di kampung halaman sendiri. 😭

Sedih? Mestilah. Sedih sangat. Lagipun tahun ini giliran #teamrayajohor namun apakan daya, situasi semasa negara tidak mengizinkan. Tiada kuih raya untuk emak. Tiada konvoi raya rumah saudara mara. Tiada duit raya untuk semua juga. Oh sedihnya... *menangis dalam hati 🥺

No comments: