--------------- || ---------------


12 July 2007

Transformers




Hah ni lah rupa tangan aku yang kena pakai splint arituh. Sekarang dah tak payah pakai splint tapi masih berbungkus ngan bandage. Susah aku nak drive kalau pakai splint tuh. Keras semacam jer... tak boleh bengkok langsung tangan nih. Sekarang nak kata pergelangan tangan tuh sakit lagi tak jugak kot... tapi aku kan hiper sket... karang silap haribulan lagi teruk sakitnya. Tak nak aku kena operate kat tangan... malu jer! Jatuh saham nanti sebab tangan berparut... tak mau!!!

Kenapa ngan tangan aku??? Hah aku pun tak tahu kenapa... tau-tau hari Khamis last week dah tak boleh bengkok langsung. Takut aku dibuatnya so ajak hubby pergi check ngan ortopedik kat SJMC. So kata doktor tuh otot kat pergelangan tangan aku koyak then gris kat tangan dah terkeluar dari tempat asal dia... pergh!!! Root cause: doktor kata aku ada angkat something yang berat... entah aku pun tak ingat. Yang aku tau sakit tuh dah lama tapi aku ingat lenguh-lenguh biasa ajer cuma baru sekarang aku rasa sakit sangat. Kesimpulannya buat masa nih... tangan aku berbungkus. Terasa macam robot plak... macam Transformers kan (tapi aku lagi suka jadik Teenage Mutant Ninja Turtles!)

2 comments:

Anonymous said...

rasanya saya juga alami masalah yang sama. berapa harga benda tu?
ada untuk tangan kiri?
jual 2nd hand bole?
yazidceo@yahoo.com

Chique りやな Alel said...

@Anonymous
Splint nih ada jual kat farmasi. Mmg ada utk tgn kanan atau kiri tp sy x tahu brp harganya. Yg sy pakai nih dpt dr hospital :)