[sambungan...]
Selepas sesi mengurut badan sekali lagi kami bergerak menaiki teksi ke Ben Thanh Market. Gila oh manjang pegi pasar. Sebenonya keliling² Ben Thanh Market tuh banyak ajer butik² pakaian. Ada yang boleh ditawar harganya dan ada juga yang tak boleh blah sesen pun tak mau kurang! Maka kenalah pandai masuk kedai...
Siap beli barang sesikit kami pulang menaiki teksi ke hotel tapi terus turun kat Halal@Saigon untuk berbuka puasa. Berhadapan dengan restoran nih lah terletaknya Masjid Musulman. Masa kami sampai memang dah gelap dan kebetulan azan berkumandang tapi eh tengok orang² kat dalam memang dah makan. Ok rupanya tuh azan Isyak bukan Maghrib! Kami lewat lebih kurang sejam untuk berbuka puasa. Timing hancus!
Selesai berbuka puasa kami sepakat balik ke hotel sebelum meneruskan sesi shopping kat kedai Ustazah Hajjah Basiroh untuk cari telekung dan baju kurung. Tak berjumpa langsung telekung cecantik kat Ben Thanh Market.
Sampai hotel terus kol Hajjah Basiroh sebab dia ada perkhidmatan menjemput pelanggan kat hotel memasing. Oh jimat tambang teksi! Katanya dalam setengah jam akan sampai ke hotel tapi tunggu punya tunggu punya tunggu...
Sewaktu kami dok melepak menunggu kat lobi hotel muncul sorang makcik tersenyum dari jauh. Ok mungkin itu orang yang akan bawa kami ke tempat Hajjah Basiroh. Berani kan kitorang?! Tanpa disangka rupanya makcik yang datang menjemput itulah Hajjah Basiroh! Aduh tokey kedai sendiri yang datang jemput kami. Habislah nampak gaya kena shopping sakan.
Serius memang penuh kedai 2 tingkat tuh *saya boleh katakan macam rumah sebenonya* dengan pakaian muslimah dan telekung. Rambang bijik mata! Saya yang pada mulanya nak beli 4 pasang telekung ajer terus tak sengaja TERsambar 7 pasang telekung. Tak solat jugak tuh tak tahulah kan.
Yang best jugak harga yang diletakkan masih boleh ditawar. Kami bayar pakai RM ajer sementelah VND semakin susut. Siang hari shopping lupa diri kekdahnya kan. Kat tempat Hajjah Basiroh nih pelanggan boleh bayar guna USD, VND mahupun RM. Ikutlah mana yang nak tapi pepandailah kira yeak sebab exchange rate kan berubah gituh.
Buat sesapa yang kot nanti pegi Saigon nak ke tempat Hajjah Basiroh bolehlah refer alamat dan nombor telefon kat bawah:
159, Huynh Van Banh Street,
Ward 12, Phu Nhuan District,
Ho Chi Minh City, Vietnam.
Telefon: +84 - 903399234
Kami selamat sampai ke hotel lebih kurang jam 12 malam waktu Malaysia (11 malam waktu tempatan). Letih. Penat. Tido!

Selepas sesi mengurut badan sekali lagi kami bergerak menaiki teksi ke Ben Thanh Market. Gila oh manjang pegi pasar. Sebenonya keliling² Ben Thanh Market tuh banyak ajer butik² pakaian. Ada yang boleh ditawar harganya dan ada juga yang tak boleh blah sesen pun tak mau kurang! Maka kenalah pandai masuk kedai...

Selesai berbuka puasa kami sepakat balik ke hotel sebelum meneruskan sesi shopping kat kedai Ustazah Hajjah Basiroh untuk cari telekung dan baju kurung. Tak berjumpa langsung telekung cecantik kat Ben Thanh Market.
Sampai hotel terus kol Hajjah Basiroh sebab dia ada perkhidmatan menjemput pelanggan kat hotel memasing. Oh jimat tambang teksi! Katanya dalam setengah jam akan sampai ke hotel tapi tunggu punya tunggu punya tunggu...
Sewaktu kami dok melepak menunggu kat lobi hotel muncul sorang makcik tersenyum dari jauh. Ok mungkin itu orang yang akan bawa kami ke tempat Hajjah Basiroh. Berani kan kitorang?! Tanpa disangka rupanya makcik yang datang menjemput itulah Hajjah Basiroh! Aduh tokey kedai sendiri yang datang jemput kami. Habislah nampak gaya kena shopping sakan.


Buat sesapa yang kot nanti pegi Saigon nak ke tempat Hajjah Basiroh bolehlah refer alamat dan nombor telefon kat bawah:
159, Huynh Van Banh Street,
Ward 12, Phu Nhuan District,
Ho Chi Minh City, Vietnam.
Telefon: +84 - 903399234
Kami selamat sampai ke hotel lebih kurang jam 12 malam waktu Malaysia (11 malam waktu tempatan). Letih. Penat. Tido!

7 comments:
teringat plak masa p vietnam thn lepas...memg hari2 menyinggah ke ben than market tu...sib baik en asben rajin nak melayan kerenah bini dia ni hihi...telekung kat kedai hjh basiroh tu mmg elok n murah ke..berapa reganya?
@Anis Rosli
berkali² ganda murah sbnrnya kalo compare harga telekung vietnam beli direct dr hjh basiroh dgn harga telekung vietnam yg dijual kat malaysia :D
bo tanya ..berapa yek harga murah telekung di rumah hjh basiroh tu?cadang nak beli byk..leh bgtau detail tak berapa ringgit dalam usd?
@CIKU
ada bnyk jenis telekung kat tmpt hajjah basiroh nih. dr semurah usd11 smpilah ke lebih usd30. semua bergantung pd corak & jenis telekung tuh. dgn hajjah nnt boleh nego harga & selalunya mmg hajjah bg harga murah :)
Memang telekung di kedai hajah murah dan cantik. Terbaru ada yang sulam tangan.Saya dah 4 kali pegi. Ni nak raya akan pegi lagi. Rindu kopinya dan makanan di saigon halal
Salam,
Hajjah basiroh tu boleh cakap melayu ke?
sazilawati431@gmail.com
Insyallah akan ke kedai Hjh Basiroh hujung Mac ini
Post a Comment